Thursday 21 January 2016

Adakah Mereka Menghargai Kita?. 

Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India.
 
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung di sini hari ini. Sama kita sokong atau tidak, tentu byk pandangan yang boleh kita dapat. 

Begitulah banyaknya jumlah hari cuti di Malaysia. Saya tak pasti sama ada ianya antara yang terbanyak di Malaysia atau tidak. Ini adalah kerana betapa prihatinnya kerajaan yg diterajui oleh Barisan Nasional terhadap kepelbagaian kaum di negara kita. Kita ada cuti  pelbagai perayaan  spt Tahun Baharu Cina, Cuti Deepavali, Cuti Krismas, Cuti Taipussam dan pelbagai lagi selain Cuti Hari Raya bagi umat Islam yang merupakan agama rasmi negara. 

Itu pun DAP & parti pembangkang masih mengungkit  ketidakadilan layanan kerajaan terhadap kaum lain. Cuba kita lihat layanan negara lain terhadap kepelbagaian kaum dinegara mereka. 

Di negara China,  Kerajaan China mengharamkan puasa, menyimpan janggut, menutup aurat, banyak lagi cara hidup Islam yang diharamkan, tidak pula diprotes oleh mereka . 

Banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan Islam yang tidak menyambut Krismas. Malah Krismas tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, misalnya di Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.

Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodoks. 

Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 

Negara Islam bercuti Krismas adalah  Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia. Pakistan bercuti pada 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.

Brunei tidak benarkan sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam. Tahun Baharu Cina juga hanya dibenarkan disambut di tokong tokong sahaja. 

Saya tidak sebut lagi bagaimana layanan negara didunia terhadap umat islam yang menjadi minoriti di kebanyakan negara didunia. DAP dan rakan rakan mereka tidak pernah sebut pun. Penderitaan yang mereka tanggung & sengsara yang mereka tanggung. 

Bandingkan, kebebasan yang kita beri kepada kepelbagaian kaum & agama. Apa balasan DAP & pembangkang lain kepada kita. Dituduhnya pulak kita dengan pelbagai tohmahan. 

Saya bangkitkan ini adalah kerana tidak mahu melihat melayu islam terjerumus dgn lakonan mereka. Kita terus bersatu untuk membuktikan kekuatan kita di bumi bertuah ini. 

ZM
KP UMNO Marang.